kehilangan acik ku sayang..
Saturday, February 25th, 2006sesungguhnya yang hidup itu pasti akan mati….
itulah ketentuan Ilahi….
perginya acikku tersayang ke rahmatullah pada minggu lepas membuatkan diri aku terpaku dan tidak menyangka akan kehilangannya dalam sekelip mata….
aku merinduinya kini…tapi apakan daya,hampir dua bulan dirinya terseksa menanggung kesakitan dan ditempatkan di pelbagai hospital….ini kerana setiap orang yg menyayanginya cuba untuk mengubati penyakit yg dihidapi….
tatkala ingin menanamnya di pusara,aku tidak dapat bersama-sama kerana berurusan kerja….aku amat sedih….murung pada keesokan harinya….
tiap kenangan bersamanya sentiasa bermain di fikiran….ini kerana keluarganya dan keluargaku amat rapat dan akrab….
semoga dengan kembalinya dirinya kepada Allah,sama-samalah mendoakan agar beliau ditempatkan ngan roh org-org beriman…..Amin….
Al Fatihah