Archive for January, 2008

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah

Monday, January 21st, 2008

Pelantikan_pengawas_001
                                    Tarikh : 21 Januari 2008 (Isnin)
                                    Tempat : Dewan Sekolah SKPD
                                          Masa : 12.30 ~ 1.30 pm

               

Pelantikan_pengawas_020

            ~pengawas sekolah n guru-guru~

Pelantikan_pengawas_008_1Pelantikan_pengawas_007 Pelantikan_pengawas_019Pelantikan_pengawas_012Pelantikan_pengawas_004Pelantikan_pengawas_013

Jamuan Budak2 Bola Tampar

Sunday, January 20th, 2008

Pada 11 Disember 2007,aku telah mengadakan jamuan wat budak2 bola tampar aku di rumah Sarjan Mohd Salihin (PULAPOL)…..

Picture_032

~sedapnye diorang makan….~

Picture_031Picture_033Picture_034Picture_035

Tahniah di atas kejayaan mereka selama ini di SKPD…Ramai murid2 ku ini telah memasuki alam sekolah menengah…dan tidak lupe juge ramai yg berjaya dpt 5A dlm UPSR…Tahniah sekali lagi wat semua….. :-) miss u all…

Tugasku 2008 di SKPD

Tuesday, January 15th, 2008

Di Sek. Keb. Polis Depot,Kuala Lumpur…..Tahun 2008 aku diberikan beberapa tugas yang aku rase nak bagitahu korang…lantaran nak bagitahu gak bahawa guru bukan sekadar mendidik,tetapi banyak keje lain..hehe..

Let’s check it out….

1.Pengurusan Sekolah & Pengurusan Kurikulum :
    a) AJK Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
    b) AJK Penyenggaraan Fizikal,Bangunan & Peralatan Sekolah
    c) S/U Permuafakatan Kecemerlangan Sekolah (PERKASA)
    d) AJK Sekolah Selamat
    e) AJK Skim Bantuan Tuisyen
    f) AJk Hari Anugerah Cemerlang Akademik & KoKurikulum
    g) AJK Majlis Sambutan Maulidur Rasul
    h) S/U Sambutan Hari Guru & Pekerja

2.Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) :
    a) Ketua Guru Disiplin
    b) AJK Bimbingan Kaunseling & Pembangunan Insaniah
    c) Penyelaras Penghayatan Bulan Ramadhan

3.Pengurusan KoKurikulum
    a) S/U Sukan
    b) Guru Pengakap
    c) Guru Kelab Anti Jenayah
    d) Guru Nasyid
    e) Guru Bola Tampar
    f) S/U Pertandingan Antara Kelas
    g) S/U Kejohanan Merentas Desa

ya……itu tugasanku pada Tahun 2008 ni,amacam?tu belum cite pasal mengajar lagi…hehe..jd kepada semua,sebagai guru tugas bukan sekadar mengajar didalam kelas,malah pengkeranian turut diberi…apalah nasib kami lebih2 lagi guru2 baru…

wassalam………….

Buat Kaum Hawa

Wednesday, January 2nd, 2008

Buat ingatan pada bakal isteriKU, anakKU, adik2 perempuanKU dan
kakakKu khususnye :

Semoga dijauhi siksa ini, InsyaALLAH.


Tazkirah wanita,

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri…..

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah.! Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis?

Baginda menjawab, "Pada malam aku di-isra’-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"
kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti
itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak  taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia melakukan solat tetapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Daninilah peringatan kepada kaum perempuan.

………AKU DAN SESUATU………
ADA MASA AKU GINI ADA MASA AKU GITU