Nak Kahwin Lagi Ke?
December 30th, 2007 by bebe2Seorang suami sedang
mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin
lagi.
Antara alasan yang diberikannya:
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah.
Isteri : Kenapa pula?
Suami :Cuba
terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one,
"dua"is two,
"tiga"isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang
"singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh.. tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang.
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka
abang MAMPUS, tambah "s" je kan?
Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan
hasratnya untuk berkahwin lagi…
Tahniah!!
December 28th, 2007 by bebe2Tahniah wat anak buah tersayang…Abdul Hanan Abdul Razak dan Nurul Hanani Abdul Razak atas kejayaan PMR dan UPSR…
Name : Abdul Hanan Abdul Razak
School : Sek. Men. Sains Muzaffar Syah,Melaka
Result PMR : 6A 1B 1C
Name : Nurul Hanani Abdul Razak
School : Sek. Keb. Bukit Baru,Melaka
Result UPSR : 4A 1B
Wedding Kak Farah
December 27th, 2007 by bebe2kehilangan acik ku sayang..
February 25th, 2006 by bebe2sesungguhnya yang hidup itu pasti akan mati….
itulah ketentuan Ilahi….
perginya acikku tersayang ke rahmatullah pada minggu lepas membuatkan diri aku terpaku dan tidak menyangka akan kehilangannya dalam sekelip mata….
aku merinduinya kini…tapi apakan daya,hampir dua bulan dirinya terseksa menanggung kesakitan dan ditempatkan di pelbagai hospital….ini kerana setiap orang yg menyayanginya cuba untuk mengubati penyakit yg dihidapi….
tatkala ingin menanamnya di pusara,aku tidak dapat bersama-sama kerana berurusan kerja….aku amat sedih….murung pada keesokan harinya….
tiap kenangan bersamanya sentiasa bermain di fikiran….ini kerana keluarganya dan keluargaku amat rapat dan akrab….
semoga dengan kembalinya dirinya kepada Allah,sama-samalah mendoakan agar beliau ditempatkan ngan roh org-org beriman…..Amin….
Al Fatihah
Masih suami-isteri kah di Akhirat
August 26th, 2005 by bebe21. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seseorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya. Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali di aberkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.
Hati-hati gi P.Tioman
August 26th, 2005 by bebe2Tak tau lah betul ke tak, amek precaution je lahh…
Kepada saudara ? saudari yang diingati selalu,
Untuk makluman anda, maklumat yang saya dapat ini adalah amat berguna untuk dijadikan teladan anda semua. Saya diberitahu oleh kawan saya iaitu seorang guru di pulau Tioman tentang tindak tanduk pemandu bot yang berkhidmat disana. Bagi yang ingin pergi bersantai ditengah laut dan snorkling tu, terutama gadis perlulah beringat-ingat.
Hal yang saya nak ceritakan ini adalah diceritakan sendiri oleh pemandu bot tu kepada kawan saya. Pemandu bot tu menceritakan dengan penuh bangga tanpa mempedulikan hal haram dan dosa. Kepada pemudi yang ingin bersantai ditengah laut, diingatkan pergilah berempat. Dan jangan kurang dari tiga orang.
Untuk pengetahuan semua, pemandu bot ni akan meminta dan mengesyorkan gadis-gadis (biasanya budak U yang ingin melancong) membeli air mineral dsb nya dengan alasan gadis2 akan haus ketika di tengah laut nanti. Dengan hasil perihatin tadi si gadis ni pun pergi lah beli air mineral. Dalam perjalanan ke tgh laut, pemandu bot nampak bersahaja dan kita tidak tahu niat syaitan yang sebenar yang tersemat pada benak dan hati batu pemandu bot ni.
Semasa berenang didasar yang cetek (Pulau Tioman), pemandu bot akan memasukkan sedikit minyak jampi yang didapati dari bomoh pulau kedalam air mineral yang dibeli oleh gadis U ni tanpa disedari oleh mereka berdua (gadis tu la) dan dibiarkan larut dan sebati.
Setelah penat berenang gadis ni pun naik ke atas bot dan segera minum air mineral yang dibeli tadi. Dengan tidak semena-mena gadis2 tu rasa pitam dan pengsan sekejap. Maka pada masa pitam nilah pemandu bot akan mengambil kesempatan membuka pakaian gadis2 tu satu persatu dan merogol gadis2 U tu tadi.
Untuk pengetahuan, pemandu bot ni pandai. Setelah meneroka, merogol dan mengeluarkan airnya,dia akan mengenakan kembali pakaian gadis dengan rapi. Setelah gadis tu terjaga pemandu bot akan mengatakan cik adik tertidur sebentar tadi.
Setelah dua , tiga hari si gadis ni akan mengalami sakit di kemaluan dan akan mendapatkan rawatan. Setelah diperiksa, DR menyatakan yang gadis ni dah tiada dara. Perkara ini dah dibawa ketengah. Pihak polis dah siasat tapi oleh kerana tak cukup bukti, kes ini lebur begitu saja. Bila di soal, penduduk kampong kat pulau tu, konco2 pemandu bot dan termasuk pemandu bot itu sendiri akan menafikannya. Yang sedapnya pemandu bot tu juga tapi yang akan bocor rahsia pada malam pengantin, gadis malang tu la jugak.
Jadi dengan itu, beringat ? ingat lah jika ingin pergi berseronok biar lah bertiga atau berempat. Sebab perkara jahat seperti itu datang tanpa diduga seperti tsunami. Perkara begini telah mencetuskan perihatin saya terhadap masyarakat sejagat. Kemana kita pergi hendak beringat2 (termasuklah mana2 pulau di Malaysia atau didunia ni. Jadi sampai-sampaikan lah kepada anak perempuan, kawan2 perempuan dan semua orang perempuan lah.
Cerita yang saya sampaikan adalah benar dan diceritakan oleh pemandu bot itu sendiri kepada kawan saya. Pemandu bot itu mencerikan dengan megah dan bangga. Macam dunia ni dia yang punya. Tapi bila mati tak ditanya terus kene azab. Dia bangga kerana berjaya meragut mahkota perempuan yang tak tahu dan leka terhadap keadaan sekeliling. so, kalo nk pe mane2..ati2la skit…org skrg ni bkn le caya sgt..sedangkn haruan pun makan anak,ni plak org lain….lg la plak…cam ikan ngan kucing…da ade depan mate, ape lagi kucing tu,sambar ajerla…tekcekik tulang belakang kire……
Rahsia bibir wanita
August 26th, 2005 by bebe2Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.
Bibir segar dan kemerahan
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.
Bibir yang biru (pucat)
Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.
Bibir yang tipis
Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.
Bibir yang mungil
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.
Bibir yang tebal
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!
Bibir sentiasa terbuka
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.
Burung kakak tua
August 26th, 2005 by bebe2Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara telah membawa pulang Burung
Kakak Tua sebagai kenangan.
Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?"
Suami : "Ooo.. awak nak tau ye?? Sambil mengangkat tangan kiri sambil
memainkan jarinya… secara spontan burung kakak tua itu menyanyi Lagu
Pop…
Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan burung
kakak tua itu menyanyikan
Lagu Rock pula…
Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?"
Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!"
Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah tangannya dan terdengarlah…
Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH… BODOH!!!"




